Kenapa ? Mengapa ? Harus ? Perlu ?
Sila tolak ketepi apa yang diatas .Hanya ada didalam akal fikiran D ja .
*TarikNafasHembusNafas*
Tadi,lepas bangun tidur ja terus capai handphone . Pastu , terbuka FACEBOOK . Pasthree , terbaca status orangorang yang kurang matang (kalau matang dorang takkan post macam tu) . Pasfour , terkejut dan terus mengucap sebab macammacam yang dorang kata kat situ walaupun tak ada kaitan dengan D . Pasfive , D terus fikir & D patut share kat korang apa pandangan D . . Ok ayuh ke ruang pandangan D dibawah :
1 . Kenapa perlu letakkan status korang , yang korang bertudung atau tidak ? ? Sedangkan , tu AURAT kan .kenapa perlu diulang ayat diatas ! Kalau tak bertudung teruskan tak bertudung sebab tak ada yang kesah & tu perkara ko dengan Allah . Tapi , masalahnya sekarang ni , jangan buka tutup tudung , tudung bukan untuk digunakan korang untuk tutup rambut korang yang rosak semasa raya nanti tapi tudung kerana Allah dan Ikhlas .Please Take Note . Kalau bab bertudung , memang D dah semakin sensitive sekarang ni .
2 . Kenapa perlu bagitahu orang yang ko tengah hisap shisha ? PLEASELAH GUY ! Dah terbukti shisha haramkan dan TV3 pun dah tunjuk berita kenapa korang masih tak faham . Shisha merosakkan korang faham tak . Tak perlu gah sangat sebab shisha .
3. Kenapa perlu korang bagitahu korang tak puasa ? Nampak sangat korang memang tak faham adat and tak reti malu . Kita ni orang islam , jadi tunjuklah teladan yang baik . Ramadhan sebulan ja kan , tak susah mana nak puasa & tak memudaratkan pun , tak pernah juga D dengar orang mati sebab puasa . Pleaselah kita ada agama .Jagalah agama kita , kalau sayang Allah buatlah suruhanNya dengan ikhlas .
4 . Kenapa perlu bagitahu orang yang korang beli tu lah ni lah apaapalah ? Korang suka menunjuknunjuk & korang tak tahu ke orang yang baca pun meluat & rasa nk UNFRIEND ja korang .Mana taknya , sikitsikit nak share , naik nyampah semua orang . Rasulullah tak suka umatnya menunjuknunjuk .kalau , nak menunjuk pun biar berpadapada .
5 . Kenapa perlu luahkan perasaan kasihsayang sedihmedih ? Yang ni paling tak leh belah , kalau boleh korang nak orang tahu perasaan korang & simpati dengan korang . Korang tak rasa B.O.D.O.H ke apa yang korang buat tu . Bagi D , tempat yang paling THE BEST untuk luahkan perasaan ialah DITIKAR SEJADAH sebab kat situ kita boleh berdoa kepada Allah untuk jadikan kita manusia yang tabah , Bukan nak luah kat facebook yang tah pape tu .
6 . Kenapa perlu letak gambar orang yang sedang berjemaah di masjid ( maksud : korang tengah duduk dibelakang jemaah lain , pastu korang CAPTURE gambar dorang . Pasthree , korang letak dalam facebook . Pasfour , korang letak ayat keislaman dibawah gambar tersebut ) ? Tolonglah , korang tak rasa ke tu ANNOYING sangat , sangat , sangat . Memang tak salah letak ayat keislaman , sebab memang digalakkan kita berkongsi ilmu . Tapi tak perlulah CAPTURE gambar orang tengah solat bagai , nampak sangat korang tak kusyukkan semasa solat tu sebab boleh pegang phone lagi semasa dalam masjid/surau . Korang perasan tak , perangai korang ni seolaholah showoff sebab nak tunjuk kealiman korang ke masjid . Ya Allah , semua tu tak perlu tunjuk ok , biar Allah dengan kita ja tahu .
*taipdeletetaipdelete*
Oh ok mungkin maksudnya cukup sampai disini sebab tak tahu dah nak kongsi apa . . Ini hanya pandangan D , kalau marah harap maafkan , kalau silap tolong betulkan . . Sebab raya tak lama lagi .
SELAMAT HARI RAYA .

No comments:
Post a Comment